Thursday, August 1, 2013

10 tips atau kunci kejayaan Bisnes Online

1. Bina kredibiliti dan jual diri bukan jual produk. Apabila orang suka dengan kita, mereka akan membeli produk kita.
2. Berkongsi ilmu tanpa syarat dan ikhlaskan hati. Banyakkan memberi dan berkongsi tanpa jemu dan lihat sendiri hasilnya.

3. Jika ingin berkongsi ilmu atau sesuatu idea di internet, pastikan anda berkongsi dari hati, barulah ilmu itu akan sampai kepada mereka yang membaca.

4. Banyakkan bercerita pengalaman sendiri atau orang lain kerana lumrah manusia mereka suka mendengar atau membaca cerita orang lain.

5. Sentiasa mencari kelainan dan mengikuti perkembangan semasa dan keadaan, contohnya apabila gaji, saya akan banyak berkongsi tentang tip pengurusan gaji dan sebagainya.

6. Pelbagaikan bentuk penyampaian dalam bentuk teks, animasi, cerita santai, dialog, gambar dan video.

7. Memahami keperluan pembeli dan masalah yang dihadapi mereka membantu kita dalam menentukan apa informasi yang boleh kita kongsikan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

8. Membina hubungan dan ukhwah dengan pelanggan.

9. Meletakkan testimonial dan pengakuan dari pelanggan yang berpuas hati dengan produk dan servis kita sebagai bukti kita adalah penjual yang dipercayai dan disukai dalam urusan online.

10. Konsisten dalam bisnes yang dijalankan, jangan sekejap muncul dan sekejap hilang.

Semoga kita semua berjaya dunia dan akhirat, InsyaALLAH.

This Is The Oldest Page


EmoticonEmoticon


1)SILA KLIK BUTTON LIKE DIBAWAH
2)SELEPAS LIKE, KLIK SUPPORT US! UNTUK TERUSKAN...



Powered By IMuslimNetwork
Support Us!