Thursday, August 29, 2013

Bukan Semua Graduan Perlu Memulakan Bisnes Sendiri

 
Ada individu yang lebih berbakat memulakan bisnes. Manakala, sebahagian yang lain berbakat menguruskan bisnes. Malah, ada yang berbakat membeli bisnes orang lain.

  • Individu yang berbakat memulakan bisnes dari bawah digelar entrepreneur.
  • Individu yang berbakat mengembangkan bisnes orang lain adalah intrapreneur.
  • Individu yang berbakat mengenal pasti bisnes yang baik untuk dibeli pula adalah investor.

Hal ini berlaku kerana manusia mempunyai emosi terhadap duit. Kita mempunyai tahap emosi yang berbeza-beza apabila sampai ke persoalan duit. Justeru kita perlu mengenal pasti tahap sensitiviti kita terhadap duit.

Modal Bisnes Bukan Sekadar Duit Tunai


Dalam bisnes, modal adalah antara perkara utama. Namun modal tidak semesti duit tunai. Kemahiran mengurus, kemahiran pemasaran, kemahiran menjual juga dapat diterima sebagai modal bisnes dalam kontrak musharakah (syarikat perkongsian modal).

Melalui kontrak mudharabah pula, pemodal (investor) melaburkan duitnya dalam bisnes / projek seseorang usahawan (entrepreneur) dan hal ehwal bisnes itu diuruskan sepenuhnya usahawan itu tadi. Kontrak mudharabah juga membenarkan seseorang usahawan itu melantik pengurus bisnes (intrapreneur) dan itu termasuk sebahagian daripada kos bisnes. Maka apabila selesai urusan bisnes / projek pemodal mendapat untung, usahawan mendapat untung dan pengurus bisnes mendapat bahagian upahnya.

Menjadi usahawan tidak bermaksud kita yang perlu membuat semua benda dari A-Z. Tugas usahawan adalah memimpin organisasi bisnesnya menjana keuntungan seterusnya mencipta nilai dalam masyarakat.

  • Seorang entreprenuer perlu selesa membuat keputusan terhadap modal.
  • Seorang intrapreneur perlu selesa melaksanakan keputusan yang ditetapkan pemilik syarikat.
  • Seorang investor mesti selesa menyerahkan modal tunainya ke dalam sesuatu bisnes untuk diusahakan oleh entrepreneur & intrapreneur.

Buat Bisnes Bukan Sekadar Buat ‘Sales’


Tugas hakiki bisnes adalah mencipta nilai.

Nilai kepada pemilik-pemilik syarikat. Nilai kepada pengurus-pengurus bisnes. Nilai kepada semua pelanggan. Nilai ini adalah berbeza kepada penerimanya.

Nilai kepada pemilik syarikat adalah keuntungan. Nilai kepada pelanggan adalah kepuasan dari sudut memiliki jenama atau mendapat harga yang murah atau khidmat yang efisyen. Nilai kepada pengurus bisnes barangkali kepuasan bekerja dalam syarikat tersebut dari sudut material dan emosi.

Sekiranya kita hanya menumpukan jualan dan tidak memikirkan bagaimana mencipta nilai dalam masyarakat barangkali kita masih belum menjadi orang bisnes, kita baru seorang jurujual dalam bisnes kita.

  • Pernahkah kita lihat Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary menjual sekarang?
  • Berapa lama beliau terlibat dalam bidang jualan sebelum menjadi seperti sekarang?

Persoalan Ayam & Telur


Entrepreneur, intrapreneur dan investor yang berjaya memahami prinsip bisnes yang sama.

Apa yang membezakan mereka adalah sensitiviti emosi mereka terhadap modal. Emosi itu pula akan mempengaruhi sikap. Faktor itulah yang menyebabkan mereka mempunyai fungsi tersendiri dalam sesuatu bisnes. Memang sukar untuk menentukan kita ini sesuai dalam fungsi yang mana khususnya para graduan muda yang barangkali belum berpeluang melakukan banyak perkara.

Jadi perkara terbaik untuk dibuat sekarang adalah:

  1. Cari kerja yang baik di syarikat yang baik.
  2. Melakukan bisnes part-time
  3. Memulakan simpanan khas untuk pelaburan kecil-kecilan

Selepas beberapa tahun, dari 3 perkara di atas yang mana satu lebih memberi kepuasan dan ketenangan dalam diri kita?
 


EmoticonEmoticon


1)SILA KLIK BUTTON LIKE DIBAWAH
2)SELEPAS LIKE, KLIK SUPPORT US! UNTUK TERUSKAN...



Powered By IMuslimNetwork
Support Us!