Tips Menghadiri Temuduga Atau Interview
Terbaik | Setiap orang pasti memiliki cita-cita dan impian tersendiri.
Namun pelbagai halangan dan rintangan yang harus di lalui terlebih dahulu untuk
mencapat impian tersebut. Ada sesetengah orang mendapat keputusan akademik yang
sangat baik tapi sangat susah mendapat peluang pekerjaan kerana gagal dalam
temuduga.
Jadi di sini Dr Fuh nak kongsikan beberapa tips
berkesan untuk menghadiri temuduga secara ganeral. Tak kira apa jua position
/ jawatan yang anda ingin pohon, anda boleh cuba amalkan tips ini. Jangan lupa
disertakan doa.
Tips Menghadiri Temuduga
1.
Menepati Masa
Pastikan anda menepati masa.
Sebagai contoh masa temuduga anda pada pukul 10.30 pagi. Pastikan anda telah
bersedia di tempat temuduga setengah jam awal. Buat persediaan awalsebelum
keluar rumah seperti ambil kira keadaan lalu lintas, apakah kawasan perjalanan
anda sesak dan sebagainya, menyisir rambut
dengan kemas dan jangan lupa isi minyak motor atau kereta anda. Jangan jadikan
kelewatan dan gagal merncang masa dengan baik, anda berputih mata.
2.
Berpakaian kemas dan Sesuai
Pakaian juga diambil kira dalam sesuatu
sesi temuduga. Jika anda berpakaian selekeh dan kurang sesuai,
kemungkinan tawaran tersebut akan dibatalkan ataupun diberi kepada calon lain
yang lebih sesuai. Jika boleh, tanyakan dahulu kepada bahagian human resources
tempat anda ditawarkan bekerja terhadap pakaian yang sesuai untuk jawatan
tersebut.
3.
Amalkan kesederhanaan
Orang kata sederhana adalah sempurna! Faham
maksudnya?! Okey, sederhana maksudnya tidak berlebih-lebih dan tampilkan diri
sendiri ikut keselesaan anda. Contohnya:
- gunakan solekan yang minimum
- pemakaian minyak wangi yang sesuai
- gaya rambut yang tidak terlalu moden ataupun terlalu konservatif
- elakkan isyarat tangan yang keterlaluan ataupun bercerita macam kita sedang berborak dengan kawan-kawan
- bercakap dengan jelas dan bahasa mudah
4.
Membina hubungan dan berkeyakinan
Sewaktu duduk berhadapan dengan penemuduga,
pastikan anda duduk dengan yakin dan wajah yang manis. Kita
mahu memohon kerja, mestilak kena buat baik, takkan tunjukkan muka sombong
walaupun kita memiliki Ph.D sekalipun. rendah diri itu lebih baik dalam situasi
begini.
- Pastikan belakang anda lurus dan kaki tersusun
- Sesekali bertanyakan soalan. Jangan hanya tunduk dan mengangguk. Wujudkan perbincangan dua hala yang santai.
- Dengar dengan teliti, bercakap dengan jelas dan tidak menyampuk.
- Berdiplomatik. Jangan bercakap perkara-perkara negatif tentang pekerjaan yang anda mohon.
5.
Berfikiran positif.
Selepas sesi temuduga, pastikan anda tidak
menjadi seorang yang mendesak. Jangan sesekali bertanya kepada syarikat tersebut
samada permohonan anda berjaya atau sebaliknya. Tunggu dengan
sabar, jika anda yakin dengan sesi temuduga tersebut, insya’Allah pekerjaan itu
milik anda. Jika gagal, anggaplah ia bukan rezeki anda. Cuba lagi lain kali
tetapi dengan pengalaman yang ada, anda pasti boleh buat!!
EmoticonEmoticon