Tuesday, September 10, 2013

10 Cara Tambah Jumlah Pelanggan Online


Kecewa Jualan Online Sedikit ?
10 Cara Tambah Jumlah Pelanggan Online

Terdapat 10 cara untuk dapatkan pelanggan. Ia terbahagi kepada 3 fasa bisnes:

Fasa Bisnes #1 – Belum Ada Pelanggan Langsung

Cara 1 – Keyakinan Sosial

Membina keyakinan sosial. Wujudkan akaun laman sosial seperti Facebook. Kemudian kongsikan maklumat yang berkait rapat dengan bisnes.

Cara 2 – Kumpul Data Pelanggan

Mulakan dari peringkat awal. Ambil data prospek seperti nama, alamat, e-mel, nombor telefon dan sebagainya. Data-data ini boleh berikan keuntungan besar untuk jangka masa panjang.

Cara 3 – Introductory Discount

“Pertama kali rugi, kali kedua buat duit berkali-kali.” Kita tawarkan diskaun yang kecil risikonya di mata pelanggan. Jika produk kita RM50, maka kita berikan diskaun RM5 sahaja.

Hadkan jumlah tawaran ini supaya kita boleh kawal kerugian jangka masa pendek, untuk memperoleh keuntungan jangka masa panjang.

Cara 4 – Dagang Maklumat

Dalam setiap bisnes, pasti ada maklumat penting yang pelanggan suka untuk dapatkan secara percuma.

Sebagai contoh, jika kita menjual produk seperti tudung, soalan yang biasa bermain dalam fikiran pelanggan adalah, “Apakah trend desain tudung yang dipakai oleh artis-artis Malaysia?”

Kita boleh berikan maklumat ini secara percuma kepada pelanggan. Jika maklumat itu bagus, pelanggan lebih mudah yakin dan percaya untuk berurusan dengan kita.

Cara 5 – Kumpul Koleksi Testimonial

Susah-susah dapatkan testimonial dahulu, senang-senang kemudian hari. Testimonial dikenali sebagai rujukan sosial. Secara psikologinya, pelanggan suka beli apabila mereka tahu ada orang lain sudah membeli produk kita.

Fasa Bisnes #2 – Sudah Ada Pelanggan

Cara 6 – Konti Pelanggan

Konti pelanggan adalah ruangan di mana setiap pembeli diberikan akses untuk menghubungi pemilik bisnes. Contoh akses adalah forum khas, nombor telefon, e-mel atau alamat pejabat.

Cara 7 – Kejutan Premium

Letakkan satu tarikh khas untuk berikan kejutan kepada pelanggan sedia ada.

Sebagai contoh, kita hantarkan surat kepada pelanggan. Dalam surat itu, kita berikan barang-barang kecil yang berimpak besar. Contohnya, bookmark (penanda buku), button badges dan sebagainya.

Cara 8 – Kertas Penambahbaikan

Untuk sentiasa mewujudkan suasana bisnes yang maju, inovatif dan berdaya saing, kita boleh gunakan pelanggan sedia ada sebagai individu untuk memberikan cadangan penambahbaikan.

Kita boleh hubungi pelanggan sedia ada, dan pasang telinga untuk mendengar setiap idea-idea serta cadangan daripada mereka.

Idea-idea ini boleh diolah dalam produk sedia ada, supaya ia menjadi lebih bagus.

Fasa Bisnes #3 – Sudah Ada Puak Pelanggan

Cara 9 – Program CGC (Customer-Get-Customer)

Cara ini dapat jimatkan kos iklan dan pemasaran. Kita berikan insentif seperti wang tunai, apabila pelanggan sedia ada memperkenalkan pelanggan baru.

Insentif ini dapat memberikan motivasi kepada pelanggan sedia ada. Dari sini juga kita dapat kenal pasti pelanggan-pelanggan yang sesuai menjadi agen atau rakan niaga.

Cara 10 – Servis Senyuman

Dalam apa jua bisnes, menjemput rezeki itu boleh dilakukan dengan aktiviti bersedekah. Satu daripada cara yang berkesan adalah menghadiahkan senyuman.

Setiap senyuman itu menandakan kita seorang yang pemurah di mata pelanggan. Lagi banyak kita sedekahkan senyuman, lagi banyak Allah tingkatkan rezeki perniagaan.

SUMBER : majalahniaga.com


EmoticonEmoticon


1)SILA KLIK BUTTON LIKE DIBAWAH
2)SELEPAS LIKE, KLIK SUPPORT US! UNTUK TERUSKAN...



Powered By IMuslimNetwork
Support Us!