Monday, February 17, 2014

Ciri-ciri Solat Sempurna


Apa yang dimaksudkan dengan solat yang sempurna?

Iaitu solat yang dilakukan dengan memenuhi segala rukun-rukun dan sunat-sunatnya dalam keadaan tenang, khusyuk dan penuh penumpuan. ciri-ciri solat yang sempurna ialah;
1. Orang yang melakukannya meyakini bahawa solat yang dilakukannya adalah sebagaimana solat Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-.
2. Setiap pergerakan di dalamnya dilakukan dengan toma’ninah (tenang, tertib, sopan dan tidak tergesa-gesa).
3. Lidah menyebut dengan elok dan fasih bacaan-bacaan di dalam solat terutamanya ayat-ayat al-Quran.
4. Bacaan-bacaan di dalam solat difahami maknanya sama ada bacaan itu berupa ayat-ayat al-Quran, zikir atau doa kerana memahami makna membawa kepada penghayatan terhadap apa yang dibaca itu.
5. Hati dalam keadaan khusyuk dan memberi penumpuan kepada solat iaitu tidak lalai atau alpa.

Apa hukum mengetahui kaifiyat solat Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-? Bagaimana caranya?

Hukumnya adalah wajib kerana Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda (dalam bentuk perintah); “Kerjakanlah solat sama sebagaimana kamu melihat aku mengerjakan solat”. (Riwayat Imam al-Bukhari dari Malik bin al-Huwairith –radhiyallahu ‘anhu-)

Untuk mengetahui kaifiyat solat Nabi, caranya ialah melalui riwayat-riwayat yang soheh dari para sahabat yang menceritakan bagaimana Nabi mengerjakan solat bermula dari niat dan takbiratul-ihram hinggalah kepada memberi salam.

Apa persediaan yang perlu dilakukan sebelum menunaikan solat?

1. Bersih dari hadas dan najis.
2. Memakai pakaian menutup aurat
3. Memastikan telah masuk waktu jika solat yang hendak dikerjakan itu solat fardhu atau solat sunat yang berwaktu seperti dhuha atau sebagainya.
4. Memastikan arah qiblat.
5. Persediaan batiniyah; iaitu melapangkan hati dan akal fikiran dari segala urusan dunia dan memberi tumpuan kepada solat sahaja.

Apa akibatnya jika solat tidak dilakukan dengan sempurna?

Menyebabkan solat tidak sah jika yang tidak disempurnakan itu adalah perkara rukun dan hilang pahala jika yang tidak disempurnakan itu perkara sunat. Di dalam sebuah hadis, Abu Hurairah –radhiyallahu ‘anhu- menceritakan; “Suatu hari Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- berada di dalam masjid. Masuk seorang lelaki, lalu mengerjakan solat. Kemudian ia datang kepada baginda dan memberi salam. Setelah menjawab salamnya, baginda berkata kepadanya; ‘Ulangi semula solat kamu. Sesungguhnya kamu belum mengerjakan solat’…” (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim). Hadis ini menunjukkan kepada kita bahawa solat yang dilakukan tanpa memenuhi rukun-rukunnya sama seperti tidak melakukannya, kerana itu disuruh oleh Nabi supaya mengulanginya semula.



Sumber: USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Wednesday, February 5, 2014

10 Cara Tambah Jumlah Pelanggan

10 Cara Tambah Jumlah Pelanggan

Terdapat 10 cara untuk dapatkan pelanggan.

Ia terbahagi kepada 3 fasa bisnes:

Fasa Bisnes #1 – Belum Ada Pelanggan Langsung

Cara 1 – Keyakinan Sosial

Membina keyakinan sosial. Wujudkan akaun laman sosial seperti Facebook. Kemudian kongsikan maklumat yang berkait rapat dengan bisnes.

Cara 2 – Kumpul Data Pelanggan

Mulakan dari peringkat awal. Ambil data prospek seperti nama, alamat, e-mel, nombor telefon dan sebagainya. Data-data ini boleh berikan keuntungan besar untuk jangka masa panjang.

Cara 3 – Introductory Discount

“Pertama kali rugi, kali kedua buat duit berkali-kali.” Kita tawarkan diskaun yang kecil risikonya di mata pelanggan. Jika produk kita RM50, maka kita berikan diskaun RM5 sahaja.

Hadkan jumlah tawaran ini supaya kita boleh kawal kerugian jangka masa pendek, untuk memperoleh keuntungan jangka masa panjang.

Cara 4 – Dagang Maklumat

Dalam setiap bisnes, pasti ada maklumat penting yang pelanggan suka untuk dapatkan secara percuma.

Sebagai contoh, jika kita menjual produk seperti tudung, soalan yang biasa bermain dalam fikiran pelanggan adalah, “Apakah trend desain tudung yang dipakai oleh artis-artis Malaysia?”

Kita boleh berikan maklumat ini secara percuma kepada pelanggan. Jika maklumat itu bagus, pelanggan lebih mudah yakin dan percaya untuk berurusan dengan kita.

Cara 5 – Kumpul Koleksi Testimonial

Susah-susah dapatkan testimonial dahulu, senang-senang kemudian hari. Testimonial dikenali sebagai rujukan sosial. Secara psikologinya, pelanggan suka beli apabila mereka tahu ada orang lain sudah membeli produk kita.

Fasa Bisnes #2 – Sudah Ada Pelanggan

Cara 6 – Konti Pelanggan

Konti pelanggan adalah ruangan di mana setiap pembeli diberikan akses untuk menghubungi pemilik bisnes. Contoh akses adalah forum khas, nombor telefon, e-mel atau alamat pejabat.

Cara 7 – Kejutan Premium

Letakkan satu tarikh khas untuk berikan kejutan kepada pelanggan sedia ada.

Sebagai contoh, kita hantarkan surat kepada pelanggan. Dalam surat itu, kita berikan barang-barang kecil yang berimpak besar. Contohnya, bookmark (penanda buku), button badges dan sebagainya.

Cara 8 – Kertas Penambahbaikan

Untuk sentiasa mewujudkan suasana bisnes yang maju, inovatif dan berdaya saing, kita boleh gunakan pelanggan sedia ada sebagai individu untuk memberikan cadangan penambahbaikan.

Kita boleh hubungi pelanggan sedia ada, dan pasang telinga untuk mendengar setiap idea-idea serta cadangan daripada mereka.

Idea-idea ini boleh diolah dalam produk sedia ada, supaya ia menjadi lebih bagus.

Fasa Bisnes #3 – Sudah Ada Puak Pelanggan

Cara 9 – Program CGC (Customer-Get-Customer)


Cara ini dapat jimatkan kos iklan dan pemasaran. Kita berikan insentif seperti wang tunai, apabila pelanggan sedia ada memperkenalkan pelanggan baru.

Insentif ini dapat memberikan motivasi kepada pelanggan sedia ada. Dari sini juga kita dapat kenal pasti pelanggan-pelanggan yang sesuai menjadi agen atau rakan niaga.

Cara 10 – Servis Senyuman

Dalam apa jua bisnes, menjemput rezeki itu boleh dilakukan dengan aktiviti bersedekah. Satu daripada cara yang berkesan adalah menghadiahkan senyuman.

Setiap senyuman itu menandakan kita seorang yang pemurah di mata pelanggan. Lagi banyak kita sedekahkan senyuman, lagi banyak Allah tingkatkan rezeki perniagaan.

Kredit :
Majalah Niaga

Wednesday, January 29, 2014

Bagaimana Buat Banyak Duit Dengan Satu Pelanggan



====================================
Bagaimana Buat Banyak Duit Dengan Satu Pelanggan ??
==============================

Dunia bisnes hari ini mencabar.

Statistik bosan dan sentiasa menghantui pemilik bisnes; 90% bisnes tutup dalam tempoh 5 tahun pertama. Kemudian selepas 5 tahun, hanya 3% sahaja yang berjaya hidup dengan bisnes mereka.

Satu daripada masalah yang pemilik bisnes hadapi adalah,

“Bagaimana untuk tingkatkan jualan, dapatkan ramai pelanggan, dan buat banyak duit?”

Jawapannya pelbagai. Satu daripadanya adalah memahami struktur bisnes kita sendiri. Menurut pemilik-pemilik bisnes berpengalaman, “Bisnes terkubur bukan salah pasaran semata-mata. Ia salah diri sendiri yang tidak bijak mengatur strategi.”

Jadi, apa strateginya?

--------------------------------------
Kuasa VPC (Value Per Customer)
--------------------------------------

Value per customer sama lantang maksudnya dengan nilai seorang pelanggan. Ini formula ringkas:

Nilai seorang pelanggan (VPC) = Nilai produk / servis bisnes

Contoh? Kita buka bisnes tudung. Harga tudung itu RM10. Maka:

VPC = RM10

Untuk itu, jika pemilik bisnes mahu mencapai tahap untung kasar RM10,000 sebulan, maka mereka perlu cari 1,000 pelanggan. Nilai satu ribu pelanggan bukan satu tugas yang mudah untuk diperoleh.

Dengan menggunakan pendekatan VPC, kita dapat strukturkan bisnes supaya mengelakkan sebarang kebocoran duit terhadap seorang pelanggan.

siri panadol bisnes


-------------------------------------
Bagaimana Tingkatkan Nilai VPC
-------------------------------------

Jalan terbaik adalah meningkatkan nilai bagi setiap pelanggan. Ini adalah contoh mudah untuk bisnes-bisnes tudung:

Produk #1 – Tudung (Harga RM10).

Produk #2 – Kerongsang (Harga RM2).

Produk #3 – Jubah (RM50).

Nilai VPC total: RM62.

Asas matematiknya mudah. Jika nilai VPC itu tinggi, maka jumlah pelanggan yang perlu diperoleh menjadi rendah. Dalam kes ini, pemilik bisnes itu hanya perlu cari 193 pelanggan untuk dapatkan untung kasar RM10,000 setiap bulan.

Sumber: majalahniaga.com

Tuesday, October 8, 2013

6 Jenis personaliti orang kaya

 


6 Jenis personaliti orang kaya.

Menurut Robert Kiyosaki, sifat genius orang kaya terbahagi kepada enam pecahan:

===========
1) Genius kreatif:
===========

Sentiasa gunakan kreativiti dan inovasi untuk mengubah diri sendiri, perniagaan, dan keadaan sekeliling.

===========
2) Genius moral:
===========

Tidak perlu menipu orang lain untuk jadi kaya.

===========
3) Genius spontan:
===========

Raikan kehidupan dengan tindakan. Buang perasaan takut buat salah dan kesilapan. Hidup adalah proses pembelajaran.

===========
4) Genius problem solver:
===========

Hidup adalah untuk menyelesaikan masalah yang ada. Masalah adalah peluang, harta dan duit jika kita pandangnya dari perspektif orang kaya.

===========
5) Genius prejudis:
===========

Mempunyai pemandangan yang luas terhadap kehidupan. Tidak berfikiran sempit.

===========
6) Genius fakta:
===========

Berani berhadapan dengan risiko dan kebenaran. Hidup ini ada turun dan naik. Semasa turun kita bersedia, semasa naik, pun kita bersedia.

Sumber: Aqif Azizan

Tuesday, September 10, 2013

Cara Mudah Untuk Submit Blog Di Google dan Yahoo


1. Submit URL ke Google

Untuk masukkan URL anda ke dalam database carian Google, anda perlu submit URL anda kepada mereka terlebih dahulu.

Caranya:

Klik ke�
http://www.google.com.my/addurl/?continue=/addurl
Di ruangan URL, masukkan domain anda contohnya www.jomhosting.net
Masukkan captcha atau perkataan tertera dalam kotak capctha
Klik Submit Request
Google akan menghantar crawler ke web anda untuk semak isi dalam web anda.
*Sebaiknya submit selepas anda masukkan dan upload semua info ke web anda.
**Proses ini memakan masa dan tidak di jamin web anda akan dimasukkan ke database google atau mendapat ranking di carian google. Semuanya bergantung kepada google.


2. Submit URL ke Yahoo & Bing

Untuk masukkan URL anda ke dalam database carian Yahoo & Bing, anda perlu submit URL anda kepada mereka terlebih dahulu.

Kini Yahoo bekerjasama dengan Bing untuk menggunakan database yang sama. Jadi anda hanya perlu submit ke Bing sahaja.

Caranya:

Klik ke
https://ssl.bing.com/webmaster/SubmitSitePage.aspx


Ada 2 cara, 1 anda perlu daftar terlebih dahulu atau 2 anda hanya gunakan fungsi submit di bahagian bawah page berkenaan
Masukkan perkataan dalam kotak yang tertera.
Di ruangan Type the URL of your homepage, masukkan domain anda contohnya http://www.imuslimnetwork.com/
Klik Submit URL

Bing akan menghantar crawler ke web anda untuk semak isi dalam web anda.

*Sebaiknya submit selepas anda masukkan dan upload semua info ke web anda.

**Proses ini memakan masa dan tidak di jamin web anda akan dimasukkan ke database Bing & Yahoo atau mendapat ranking di laman search engine mereka. Semuanya bergantung kepada Bing & Yahoo.

Terima kasih

Sumber: Jomhosting.net

10 Cara Tambah Jumlah Pelanggan Online


Kecewa Jualan Online Sedikit ?
10 Cara Tambah Jumlah Pelanggan Online

Terdapat 10 cara untuk dapatkan pelanggan. Ia terbahagi kepada 3 fasa bisnes:

Fasa Bisnes #1 – Belum Ada Pelanggan Langsung

Cara 1 – Keyakinan Sosial

Membina keyakinan sosial. Wujudkan akaun laman sosial seperti Facebook. Kemudian kongsikan maklumat yang berkait rapat dengan bisnes.

Cara 2 – Kumpul Data Pelanggan

Mulakan dari peringkat awal. Ambil data prospek seperti nama, alamat, e-mel, nombor telefon dan sebagainya. Data-data ini boleh berikan keuntungan besar untuk jangka masa panjang.

Cara 3 – Introductory Discount

“Pertama kali rugi, kali kedua buat duit berkali-kali.” Kita tawarkan diskaun yang kecil risikonya di mata pelanggan. Jika produk kita RM50, maka kita berikan diskaun RM5 sahaja.

Hadkan jumlah tawaran ini supaya kita boleh kawal kerugian jangka masa pendek, untuk memperoleh keuntungan jangka masa panjang.

Cara 4 – Dagang Maklumat

Dalam setiap bisnes, pasti ada maklumat penting yang pelanggan suka untuk dapatkan secara percuma.

Sebagai contoh, jika kita menjual produk seperti tudung, soalan yang biasa bermain dalam fikiran pelanggan adalah, “Apakah trend desain tudung yang dipakai oleh artis-artis Malaysia?”

Kita boleh berikan maklumat ini secara percuma kepada pelanggan. Jika maklumat itu bagus, pelanggan lebih mudah yakin dan percaya untuk berurusan dengan kita.

Cara 5 – Kumpul Koleksi Testimonial

Susah-susah dapatkan testimonial dahulu, senang-senang kemudian hari. Testimonial dikenali sebagai rujukan sosial. Secara psikologinya, pelanggan suka beli apabila mereka tahu ada orang lain sudah membeli produk kita.

Fasa Bisnes #2 – Sudah Ada Pelanggan

Cara 6 – Konti Pelanggan

Konti pelanggan adalah ruangan di mana setiap pembeli diberikan akses untuk menghubungi pemilik bisnes. Contoh akses adalah forum khas, nombor telefon, e-mel atau alamat pejabat.

Cara 7 – Kejutan Premium

Letakkan satu tarikh khas untuk berikan kejutan kepada pelanggan sedia ada.

Sebagai contoh, kita hantarkan surat kepada pelanggan. Dalam surat itu, kita berikan barang-barang kecil yang berimpak besar. Contohnya, bookmark (penanda buku), button badges dan sebagainya.

Cara 8 – Kertas Penambahbaikan

Untuk sentiasa mewujudkan suasana bisnes yang maju, inovatif dan berdaya saing, kita boleh gunakan pelanggan sedia ada sebagai individu untuk memberikan cadangan penambahbaikan.

Kita boleh hubungi pelanggan sedia ada, dan pasang telinga untuk mendengar setiap idea-idea serta cadangan daripada mereka.

Idea-idea ini boleh diolah dalam produk sedia ada, supaya ia menjadi lebih bagus.

Fasa Bisnes #3 – Sudah Ada Puak Pelanggan

Cara 9 – Program CGC (Customer-Get-Customer)

Cara ini dapat jimatkan kos iklan dan pemasaran. Kita berikan insentif seperti wang tunai, apabila pelanggan sedia ada memperkenalkan pelanggan baru.

Insentif ini dapat memberikan motivasi kepada pelanggan sedia ada. Dari sini juga kita dapat kenal pasti pelanggan-pelanggan yang sesuai menjadi agen atau rakan niaga.

Cara 10 – Servis Senyuman

Dalam apa jua bisnes, menjemput rezeki itu boleh dilakukan dengan aktiviti bersedekah. Satu daripada cara yang berkesan adalah menghadiahkan senyuman.

Setiap senyuman itu menandakan kita seorang yang pemurah di mata pelanggan. Lagi banyak kita sedekahkan senyuman, lagi banyak Allah tingkatkan rezeki perniagaan.

SUMBER : majalahniaga.com

Monday, September 2, 2013

3 Nasihat Kewangan Graduan Baru



Kekadang saya rasa bersalah bila adik-adik yang baru bekerja terlalu mengharap keuntungan pelaburan emas dengan modal tak seberapa. Setakat 2, 3 keping coin 1 Dinar, berapa sangatlah untungnya. Kalaulah sekeping 1 dinar boleh dapat untung RM100 setahun, untungnya baru RM300 setahun atau RM25 sebulan! Sedangkan banyak lagi ‘ruang’ yang adik-adik ni kena explore untuk gandakan kekayaan.

Walaupun macam tu, saya bangga student universiti / kolej dan fresh grad lagi dah ada kesedaran menyimpan dan melabur. Ia perkembangan yang baik berbanding zaman saya di universiti dulu. Tapi sebelum melabur dalam emas atau apa-apa pelaburan sekalipun, ada 3 nasihat penting untuk graduan baru tentang kewangan:

Nasihat #1 : Perbanyakkan Simpanan

Orang baru bekerja ni kena perbanyakkan simpanan. Ini bukan lagi masa untuk berjoli. Bila dapat gaji, potong duit siap-siap masukkan dalam tabung simpanan, bukan tunggu ada duit lebih baru menyimpan. Kalau sekarang gaji RM2,000 tak ada duit lebih, tengok nanti gaji dah RM5,000 sebulan pun still tak akan ada duit lebih. Kalau tunggu duit lebih baru menyimpan, alamatnya sampai bila pun tak akan menyimpan. So, bila dapat gaji, potong siap-siap duit tu masuk dalam simpanan. Selebihnya baru buat belanja.

Berapa banyak kena menyimpan? Simpan sebanyak mungkin sebab ada banyak belanja yang bakal anda tanggung antaranya:

Bertunang
Kahwin
Beli Kereta
Masuk rumah – banyak barang rumah kena beli
Sambut baby baru
Langsai pinjaman PTPTN

Nasihat #2 : Baca Buku Kewangan Peribadi


Beli dan baca buku-buku kewangan. Antara yang saya rasa terbaik untuk bermula iaitu (1) Jutawan Dari Planet Jupiter – Azizi Ali, dan (2) Petunjuk Jalan Kekayaan – Chef Li. Kedua-dua buku ni ‘membuka mata’ dan memberi impak yang besar terhadap kewangan saya. Buku tu penting supaya dapat ilmu yang betul dalam mengurus kewangan dan mencari kekayaan.



Sebelum anda labur duit sana sini mengharapkan keuntungan besar, saya rasa labur duit beli buku-buku kewangan jauh lebih untung.

Nasihat #3 : Explore Peluang Perniagaan


Badan kuat, masa banyak, komitmen pun belum ada. Rugilah kalau sekadar tunggu naik gaji akhir tahun yang beberapa ratus tu. Jangan biarkan majikan yang meletakkan harga kita, tapi biar kita sendiri tentukan berapa kita patut dibayar.

So, manfaatkan waktu berharga tu untuk explore peluang-peluang perniagaan supaya anda dapat tentukan sendiri berapa banyak income yang anda nak, bukan sekadar tunggu kenaikan gaji akhir tahun. Saya percaya, potensi sebenar kita jauh lebih mahal daripada harga yang diletakkan oleh majikan. Tinggal lagi, kita kena explore dan bangunkan potensi diri kita sebenar.

Kenapa saya syorkan bisnes? Sebab komitmen kewangan graduan baru terlalu besar, sedangkan kenaikan gaji langsung tak sepadan dengan kenaikan kos sara hidup orang yang baru berkeluarga. Gaji naik RM150 – RM200 setahun, sedangkan dalam tahun sama, bertambah 2, 3 bebanan kewangan baru – dapat isteri, dapat anak, pindah rumah, dapat anak lagi dsb. Itu belum kira kos yang kerja berjauhan dengan isteri.

Samada para graduan ni kena tambah income dengan bisnes sendiri (sebagai side-income), atau biarkan diri tenggelam dalam belengu hutang sepanjang hayat! Saya pilih untuk jadi orang muda yang bebas dari hutang supaya “peace of mind” tapi dalam masa yang sama, “plenty of money”, insyaAllah.

Itulah nasihat serba ringkas saya. Bila duit simpanan dah ‘cukup’, dah terbiasa dengan tabiat kewangan yang betul, side-income pun dah boleh top-up duit gaji, nanti tak perlu risau pasal untung rugi pelaburan tu sebab kita boleh contol kewangan kita sendiri. Bukan sekadar tunggu kenaikan gaji, apatah lagi tunggu untung nasib dalam pelaburan.

Wallahu a’lam.

Zulkifli ~ Sumber
Damansara Damai
24 Jun 2013 15 Sya’ban 1434


1)SILA KLIK BUTTON LIKE DIBAWAH
2)SELEPAS LIKE, KLIK SUPPORT US! UNTUK TERUSKAN...



Powered By IMuslimNetwork
Support Us!